<
gadis-photographer
Showing posts with label lelaki idaman. Show all posts
Showing posts with label lelaki idaman. Show all posts

Lelaki Idaman Gadis Malaysia. #Jawapan

on 13 September 2012

     Hasil kaji selidik yang aku lakukan di dalam entri -> INI <- , akhirnya telah pun mendapat jawapan yang sangat pasti. Di antara lelaki jambu, lelaki maskulin dan juga lelaki sengal, yang mana satukah adalah lelaki idaman gadis malaysia


lelaki jambu
Lelaki Jambu?
lelaki maskulin
Lelaki maskulin?
lelaki sengal
Lelaki sengal?
     Jadi, mari kita lihat hasil kaji selidik tersebut. Mana satu lelaki idaman gadis Malaysia. 


V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
TADA!!!!!

lelaki sengal

     Mari lihat peratusan hasil kaji selidik tersebut.

  • LELAKI SENGAL                                       - 50.00% 
  • LELAKI MASKULIN                                   - 30.95%
  • LELAKI JAMBU                                        -  9.52%
  • KETIGA-TIGA (JAMBU+MASKULIN+SENGAL) - 4.76%
  • LELAKI MASKULIN+SENGAL                       - 4.76%
     Hnns hnns hnns. Bangga aku jadi lelaki sengal. Cepat-cepat! Siapa yang nak masuk minang aku cepat? Siapa cepat dia dapat. First come first serve. Ada empat kuota kekosongan yang boleh diisi. Cepat! Hakhakhakhakhak.

     Baiklah. Ini hanya sekadar kaji selidik. Yang aku sendiri lakukan. Mungkin tepat atau mungkin tak tepat. Apa-apa pun, jodoh di tangan Dia. Walau siapa pun calon suami/suami anda, terima lah dia seadanya. Kebahagiaan tidak terletak kepada ciri-ciri di atas semata-mata. Tetapi berdasarkan tanggungjawab dan bagaimana bakal suami/suami anda memimpin anda dan menjadi imam untuk keluarga anda. Jika bakal suami/suami anda itu berjaya, itu bermakna, dialah lelaki yang terbaik dan wajib menjadi idaman hati anda. :)



P/S : Selepas ni, aku tak yakin aku dapat berjalan-jalan lagi di alam maya ni seperti sebelum ni. Yelah. Sebelum ni, terlalu banyak masa aku dapat luangkan untuk ke sana sini berjalan-jalan di blog kawan-kawan. Selepas ni, mungkin aku akan sibuk untuk tumpu perhatian kepada bisnes jual borong blouse muslimah pula. Mungkin hanya sempat nak update entri sahaja. Sebak pula aku rasa tiba-tiba. Pasti aku akan merindukan kalian semua. Rindu untuk beramah mesra seperti biasa. Mohon kemaafan daripada korang semua yang tak putus-putus mengunjungi blog aku ni. 



<






 
© BONI KACAK All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Design By kozumi_ro.
Service Tempahan Design